Pengguna lapor gangguan perkhidmatan YouTube - Downdetector

Bernama
Oktober 13, 2021 04:10 MYT
Sebanyak 76 peratus pengguna YouTube melaporkan mengalami masalah dengan laman web mereka. - Gambar hiasan
MOSCOW: Pengguna YouTube telah melaporkan terdapat gangguan dalam perkhidmatan itu, menurut pengesan gangguan dalam talian Downdetector, lapor Sputnik.
Gangguan itu kebanyakannya dilaporkan di Amerika Syarikat.
Sebanyak 76 peratus pengguna perkongsian video dalam talian dan platform media sosial itu melaporkan mengalami masalah dengan laman web, 15 peratus dengan penstriman video dan sembilan peratus mengatakan menghadapi masalah dengan aplikasi itu.
-- BERNAMA
#YouTube #dalam talian #Gangguan Perkhidmatan #Amerika Syarikat