Pengguna iOS 17.5 dapati foto lama dipadam muncul kembali

Amanz
Mei 16, 2024 10:20 MYT
Melalui aplikasi Apple Photos, ia sedia menyimpan gambar yang dipadam selama 30 hari, sebelum ia dipadam sepenuhnya. - Foto Amanz
BEBERAPA pengguna iPhone kini mendapati yang mana kemas kini iOS 17.5 terbaru untuk iPhone, membawa kembali gambar-gambar lama yang telah dipadam – dan dalam beberapa kes, gambar yang telah lama dipadam.
Melalui Reddit, beberapa pengguna dilihat terkejut untuk melihat gambar yang telah bertahun dipadam, tiba-tiba muncul sebagai gambar yang baru dimuat naik ke iCloud dan dipaparkan pada koleksi gambar mereka.
Untuk makluman, melalui aplikasi Apple Photos, ia sedia menyimpan gambar yang dipadam selama 30 hari, sebelum ia dipadam sepenuhnya. Namun, dalam kes yang dilaporkan sejumlah pengguna ini, ia melibatkan gambar-gambar yang bertahun lamanya yang hadir kembali ke akaun pengguna masing-masing.
Buat masa ini, pihak Apple tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan perkara ini. Pepijat baharu ini juga membuatkan ramai yang risau, memandangkan gambar yang telah dipadam hadir kembali – sekali gus mempersoalkan berkenaan privasi dan sebagainya yang sering ditekankan oleh Apple.
#gambar lama muncul kembali #iPhone #Apple
;