Pengguna hadapi masalah hantar mesej menerusi Messenger, Instagram

Agensi
Disember 10, 2020 22:11 MYT
Facebook Inc pada Khamis memaklumkan ramai mengadu tidak dapat menghantar pesanan secara terus (direct message) melalui kedua-dua aplikasi tersebut. -Gambar fail
RIBUAN pengguna media sosial di serata dunia dilaporkan menghadapi masalah ketika menggunakan aplikasi Messenger dan Instagram.
Facebook Inc pada Khamis memaklumkan ramai mengadu tidak dapat menghantar pesanan secara terus (direct message) melalui kedua-dua aplikasi tersebut.
Bagaimanapun, berdasarkan laporan media antarabangsa, sebahagian besar isu itu melibatkan pengguna di Eropah.
“Kami sedang berusaha untuk mengembalikan perkhidmatan itu seperti biasa secepat mungkin,” kata jurucakap Facebook kepada Reuters.
Laman web pengesanan gangguan Downdetector.com menunjukkan bahawa terdapat lebih 1,800 insiden melibatkan pengguna yang menghadapi masalah dengan Messenger, manakala sebanyak 350 lagi di Instagram.
Sebelum ini, Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan bersama 48 negeri dan daerah di Amerika Syarikat telah memfail tuntuan mahkamah terhadap syarikat itu.
Pihak berkuasa AS menuduh Facebook menyalah guna kuasa bagi menghapuskan pesaing kecil.
#Instagram #Facebook #Amerika Syarikat #Messenger #pengguna media sosial