Pengguna Facebook, Instagram luang 60% masa menonton video
Amanz
April 27, 2024 16:21 MYT
April 27, 2024 16:21 MYT
META kini telah pun mengumumkan penyata kewangan terbaharu, sekali gus berkongsi beberapa statistik menarik di bawah platform mereka. Salah satunya adalah melibatkan tontonan video pada platform berkenaan.
Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan di platform berkenaan dengan menonton video.
Ini sekali gus memperlihatkan eksperimen Reels di Facebook dan Instagram adalah berjaya, dan mengekalkan lagi pengguna di platform berkenaan.
Tidak mustahil sekiranya TikTok diharamkan di Amerika Syarikat, pengguna akan lebih aktif berkongsi video di platform bawah Meta – dan meningkatkan lagi kadar tontonan video di platform berkenaan. - Amanz