Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Bernama
Februari 22, 2025 11:40 MYT
Februari 22, 2025 11:40 MYT
Trump turut mengumumkan pencalonan Leftenan Jeneral Tentera Udara, Dan "Razin" Caine, sebagai pengganti Brown untuk jawatan itu. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jeneral Charles 'CQ' Brown atas atas perkhidmatannya selama lebih 40 tahun kepada negara kita, termasuk sebagai Pengerusi Ketua Staf Bersama kami sekarang.
"Beliau seorang yang berbudi pekerti dan pemimpin yang cemerlang, dan saya mendoakan masa depan yang baik untuk beliau dan keluarganya," tulis Trump di Truth Social.
Beliau turut mengumumkan pencalonan Leftenan Jeneral Tentera Udara, Dan "Razin" Caine, sebagai pengganti Brown untuk jawatan itu.
Pencalonan itu perlu mendapat kelulusan Senat.
-- BERNAMA