Pengepungan Israel di Hospital Nasser cetus kebimbangan - Doctors Without Borders

Bernama
Februari 14, 2024 18:45 MYT
MSF menyuarakan kebimbangan terhadap situasi terkini di Hospital Nasser di Khan Younis ketika tentera Israel terus melakukan pengepungan dan pengeboman. -Gambar fail/Reuters
DOCTORS Without Borders (MSF) menyuarakan kebimbangan terhadap situasi terkini di Hospital Nasser di Khan Younis ketika tentera Israel terus melakukan pengepungan dan pengeboman.
Menerusi hantaran di platform X, organisasi itu menggesa tentera Israel memastikan keselamatan semua kakitangan perubatan, pesakit dan mereka yang hilang tempat tinggal.
"Hari ini, Israel mengarahkan mereka yang berlindung di dalam Hospital Nasser (hospital terbesar di selatan Gaza) untuk berpindah.
"Kakitangan perubatan dan pesakit diberitahu bahawa mereka dibenarkan tinggal di hospital dengan had seorang penjaga bagi setiap pesakit," menurut MSF.

We are very worried about the situation unfolding at Nasser hospital in Khan Younis, #Gaza. We call on Israeli Forces to ensure that all medical staff, patients and displaced people are unharmed.

— MSF International (@MSF) February 13, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Orang ramai bimbang untuk meninggalkan hospital kerana takut ditembak. Mereka yang berhasrat untuk keluar mesti diberi jaminan keselamatan.

People are afraid to leave the hospital because they hear reports of people being shot at. Those who wish to leave must be granted safe passage out.

— MSF International (@MSF) February 13, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kementerian Kesihatan di Gaza mengesahkan bahawa beberapa rakyat Palestin dibunuh oleh tentera Israel ketika cuba keluar dari hospital semalam.
Pada Ahad, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi platform X berkata: "Kami amat bimbang mengenai keselamatan pesakit dan kakitangan kesihatan disebabkan peningkatan pergolakan di sekitar hospital. Kami mengulangi gesaan agar kakitangan kesihatan MESTI dilindungi setiap masa."
-- BERNAMA
#Gaza #MSF #Hospital Nasser #Tedros Adhanom Ghebreyesus
;