SINGAPURA: Semua pengembara yang memasuki atau meninggalkan Singapura membawa mata wang fizikal dan instrumen boleh niaga (CBNI) dengan nilai lebih S$20,000 atau bersamaan dalam mata wang asing, perlu menghantar pengisytiharan yang dikehendaki secara elektronik berkuat kuasa dari 13 Mei ini.
Jabatan Perhubungan Awam Pasukan Polis Singapura (SPF) berkata pengisytiharan menggunakan kertas pada masa ini akan dihentikan pada tarikh sama.
Mata wang fizikal adalah syiling atau wang kertas sementara instrumen boleh niaga (BNI) merupakan cek kembara atau sebarang instrumen boleh niaga seperti bil pertukaran, cek atau nota janji hutang, bon pembawa, kiriman wang dan wang pos.
"Pengisytiharan CBNI membantu usaha Singapura membanteras aktiviti jenayah seperti pengubahan wang haram. Keperluan sedemikian adalah kebiasaan di banyak negara.
Pengisytiharan CBNI secara elektronik akan disediakan mulai 10 Mei 2024 kepada pengembara yang akan tiba atau meninggalkan Singapura pada atau selepas 13 Mei 2024," kata jabatan itu dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Pengembara perlu melengkapkan pengisytiharan CBNI sebelum tiba ke pusat pemeriksaan Singapura di laman sesawang Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di https://go.gov.sg/cbnideclaration atau aplikasi mudah alih MyICA.
Penghantaran boleh dibuat sehingga tiga hari sebelum tiba atau meninggalkan Singapura.
Pengembara akan menerima makluman menerusi e-mel selepas hantaran berjaya dibuat yang boleh digunakan sebagai bukti pengisytiharan kepada pegawai ICA apabila diperlukan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 19 2024
![Pengembara dari dan ke Singapura bawa lebih S$20,000 perlu lakukan pengisytiharan Pengembara dari dan ke Singapura bawa lebih S$20,000 perlu lakukan pengisytiharan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713568379_TBICA.jpg)
Penghantaran boleh dibuat sehingga tiga hari sebelum tiba atau meninggalkan Singapura.
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![KKM laksana projek perintis pemakaian gelang pengawasan digital kepada individu kuarantin KKM laksana projek perintis pemakaian gelang pengawasan digital kepada individu kuarantin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71628234813_DrChongCheeKheong.jpg)
KKM laksana projek perintis pemakaian gelang pengawasan digital kepada individu kuarantin
Sebanyak 1,000 peranti telah digunakan kepada pengembara dari luar negara yang mendapat kebenaran menjalani kuarantin di rumah, katanya.
![Pengembara dari Indonesia tiba di Malaysia catat kes positif tertinggi COVID-19 Pengembara dari Indonesia tiba di Malaysia catat kes positif tertinggi COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/41592220856_DatukDrNoorHisham.jpg)
Pengembara dari Indonesia tiba di Malaysia catat kes positif tertinggi COVID-19
Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu kenyataan berkata jumlah itu mewakili 0.85 peratus daripada jumlah keseluruhan mereka yang tiba sehingga semalam.
![Aplikasi perantauan Flexiroam dilancarkan di Malaysia Aplikasi perantauan Flexiroam dilancarkan di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/81448361239_Flexiroam.jpg)
Aplikasi perantauan Flexiroam dilancarkan di Malaysia
Pengembara tegar kini tidak lagi perlu membeli kad sim fizikal apabila melancong ke luar negara.