Pengeluaran komputer peribadi susut hampir 14% 2023
Amanz
Januari 11, 2024 07:15 MYT
Januari 11, 2024 07:15 MYT
SATU lagi petanda dunia semakin hampir kembali ke tahap prapandemik ialah jualan komputer peribadi (PC dan Mac) yang semakin menurut.
Laporan terkini IDC mengatakan pengeluaran komputer peribadi susut 13.9% sepanjang 2023 berbanding 2022.
Lenovo ialah pengeluar dengan pegangan terbesar pasaran sekitar 22.7% diikuti oleh HP (20.4%), Dell (15.4%), Apple (8.4%) dan ASUS (6.5%).
Kesemua lima pengeluar terbesar mencatatkan penyusutan pengeluaran berbanding tahun lalu.
Apple paling teruk terjejas dengan penyusutan 22.4% diikuti pula oleh ASUS (18.1%).
Tahun 2023 meneruskan trend pengeluaran 2022 yang menyusut 16.5% berbanding 2021.
Tidak ramai pengguna mencari komputer peribadi baharu tahun lalu mungkin selepas ia telahpun dibeli pada tahun 2020 bagi memastikan kerja dari rumah boleh dijalankan tanpa isu.
Selain komputer peribadi, pengeluaran telefon pintar dan tablet juga menyusut tahun lalu sebagai langkah normalisasi ke tahap prapandemilk. - Amanz