Pengeboman kafe di Baghdad, 27 maut
AFP
April 18, 2013 07:11 MYT
April 18, 2013 07:11 MYT
Satu pengeboman lewat malam di sebuah kafe di Baghdad yang sering dikunjungi oleh golongan muda untuk bermain permainan video menyebabkan 27 maut pada Khamis, beberapa hari sebelum pilihan raya pertama di Iraq semenjak tentera Amerika Syarikat berundur dari negara itu.
Serangan itu merupakan yang paling dahsyat di negara tersebut dalam tempoh sebulan, menimbulkan kebimbangan terhadap kredibiliti pilihan raya wilayah Sabtu ini apabila Iraq berdepan dengan krisis keganasan dan politik yang berterusan.
Kejadian pengeboman itu berlaku pada jam 10 malam (1900 GMT) dalam kejiranan Amriyah kebanyakannya merupakan penganut Sunni serta mencederakan lebih 50 orang, seorang anggota keselamatan dan perubatan berkata.
Antara yang maut tiga orang kanak-kanak dan seorang wanita.
Kejadian berlaku di sebuah kafe yang terletak di tingkat dua sebuah pusat membeli-belah yang dipenuhi ramai pengunjung restoran dan kedai pakaian.