Pengeboman berterusan di Gaza 'mengerikan' - WHO

Bernama
Disember 3, 2023 18:48 MYT
Tedros (foto) berkata kemudahan itu juga dipenuhi orang awam yang mencari perlindungan yang memenuhi setiap penjuru hospital dan ada pesakit menerima rawatan di atas lantai. -Gambar fail/AP
ISTANBUL: Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Ahad memberi amaran bahawa situasi sektor kesihatan di Gaza sebagai tidak dapat dibayangkan.
"Laporan pertempuran dan pengeboman berterusan di Gaza amat mengerikan.
"Semalam (Sabtu) pasukan kami melawat Hospital Perubatan Nassar di selatan (Gaza)... penuh dengan 1,000 pesakit -- tiga kali ganda melebihi kapasitinya," kata Tedros Adhanom Ghebreyesus di X, lapor Agensi Anadolu.

The reports of ongoing hostilities and heavy bombardment in #Gaza are petrifying. Yesterday our team visited Nassar Medical Hospital in the south. It was packed with 1,000 patients 3 times over its capacity. Countless people were seeking shelter, filling every corner of the

— Tedros Adhanom Ghebreyesus (@DrTedros) December 3, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tedros berkata kemudahan itu juga dipenuhi orang awam yang mencari perlindungan yang memenuhi setiap penjuru hospital dan ada pesakit menerima rawatan di atas lantai.
"Saya tidak dapat mencari perkataan yang sesuai untuk menyatakan kebimbangan kami terhadap apa yang kami saksikan," kata Tedros.
Ketua WHO itu mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata.Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza pada awal Jumaat selepas mengumumkan jeda kemanusiaan selama seminggu tamat.-- BERNAMA
#Gaza #WHO #Tedros Adhanom Ghebreyesus #Israel
;