Pengeboman Bandung: Polis jumpa nota 'misteri' di motosikal milik suspek

Agensi
Disember 7, 2022 15:58 MYT
Anggota keselamatan berada pada tahap berjaga-jaga di lokasi insiden berkenaan. - Foto Reuters/Willy Kurniawan
INSIDEN pengeboman di sebuah balai polis di Bandung masih menjadi tanda tanya.
Polis tempatan dilaporkan telah menemui nota yang dipercayai ditinggalkan di sebuah motosikal biru milik suspek yang dijumpai di lokasi insiden.
Ketua Polis Jawa Barat, Suntana dipetik sebagai berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan terhadap motosikal berkenaan, yang dipercayai digunakan suspek, memetik laporan Metro TV.
Pegawai polis Bandung, Aswin Sipayung mendedahkan kepada Kompas TV bahawa seorang lelaki dipercayai kelihatan melalui lokasi kejadian dengan membawa senjata tajam, dan sedang mencuba untuk melepasi perhimpunan anggota polis di balai berkenaan.
Di motosikal berkenaan polis turut menjumpai sekeping nota yang berbunyi seolah-olah tentangan dari puak penentang seolah-olah menolak undang-undang jenayah baharu yang diumumkan di Republik itu pada Selasa.
“Ada nota di motosikal itu yang berbunyi, kod jenayah itu adalah produk syirik (infidel), undang-undang itu harus dihapuskan,” kata Aswin, dan menambah penyerang dipercayai membawa dua bom ke lokasi kejadian. Namun, hanya satu sahaja yang diletupkan.
Indonesia, sering menjadi tumpuan kumpulan pengganas, dan adakalanya anggota polis menjadi tumpuan mereka.
Pakar anti-pengganas memetik The Straits Times sebagai berkata, dalang di sebalik serangan berkenaan dipercayai dilakukan oleh Jamaah Ansharut Daulah (JAD), kumpulan pro-Daish, yang mengakibatkkan Republik itu beberapa kali, menjadi tumpuan kumpulan pengganas.
BACA: Pengeboman Bandung: Dua maut, lelaki letupkan diri di balai polis Bandung
Setakat ini, media tempatan melaporkan dua maut manakala beberapa mangsa lain mengalami kecederaan selepas seorang lelaki meletupkan diri di sebuah balai polis di Bandung, Indonesia pada pagi Rabu.
Perkembangan kejadian pengeboman di balai polis Bandung
Pengebom sebelum itu memasuki kawasan balai polis ketika sekumpulan pegawai polis sedang beratur untuk satu perhimpunan pada jam 8.20 pagi.
Suspek kemudian bertindak mengacukan senjata tajam ke arah pegawai polis, sebelum bertindak meletupkan diri.
Menurut pihak polis, pasukan unit pemusnah bom dari Polis Daerah Jawa Barat dikerahkan ke lokasi kejadian susulan insiden berkenaan.
#Bom Bandung #Bom Balai Polis #anti-pengganas #Jemaah Islamiah
;