Pengebom Boston mohon maaf kepada semua mangsa

Agensi
Jun 25, 2015 10:35 MYT
Tsarnaev dijatuhkan hukuman mati selepas disabit kesalahan menyebabkan empat orang maut dan mencederakan 264 yang lain semasa Maraton Boston pada 2013. - Gambar Fail
Pengebom Boston, Dzhokhar Tsarnaev memohon maaf kepada semua mangsanya buat pertama kali apabila dia akhirnya dijatuhi hukuman mati kerana membuat serangan itu pada 2013.
Permohonan maaf itu dibuat di hadapan Hakim dalam kamar mahkamah pada Rabu ketika prosiding kesnya sedang dijalankan.
Tsarnaev dijatuhkan hukuman mati 15 April lalu, selepas disabit kesalahan menyebabkan empat orang maut dan mencederakan 264 yang lain semasa Maraton Boston pada 2013.
"Saya mohon maaf kepada semua mangsa dan mereka yang terselamat.
“Saya bersalah,” katanya di hadapan Hakim.
Jenayah itu dilakukan Tsarnaev bersama abangnya. Bagaimanapun, abangnya terbunuh dalam insiden tembak menembak dengan polis ketika operasi memburu suspek.
Bom itu diletupkan pada garisan penamat larian itu.
Sebelum itu di luar mahkamah, orang ramai berkumpul bagi mengecam tindakan kejam Tsarnaev dan abangnya itu.
#Boston #Dzhokhar Tsarnaev #pengebom
;