Pengawasan udara 24 jam sepanjang musim ibadah haji

Shafizan Johari
Jun 17, 2024 20:42 MYT
Inilah pemandangan Masjidil Haram dari ruang udara. Foto ini dirakam ketika dalam helikopter bersama Pasukan Penerbangan Keselamatan Arab Saudi - Astro AWANI/Shafizan Johari.
MINA: Pihak berkuasa Arab Saudi menjalankan pengawasan udara sepanjang masa untuk memastikan keselamatan dan keselamatan jemaah semasa haji.
Di bawah Pasukan Keselamatan Haji, Komando Penerbangan Keselamatan, yang beroperasi di bawah Presidensi Keselamatan Negara, dengan kerjasama Tentera Udara Diraja Saudi, musim haji ini menyaksikan penyediaan pesawat canggih untuk mengawasi pergerakan jemaah haji di Mekah dan kawasan di sekitarnya.
Pengawasan udara itu penting untuk memantau kepadatan jemaah di satu-satu lokasi bagi mengenal pasti sebarang ancaman kepada keselamatan jemaah.
Misi tersebut disepadukan rapat dengan Pusat Kawalan dan Perintah Haji, yang menerima video dan imej langsung untuk analisis segera dan tindakan responsif di lapangan.
Maklumat itu membantu pihak berkuasa menguruskan pergerakan kenderaan dan jemaah antara lokasi.
Beberapa helikopter keselamatan, seperti S-92, dilengkapi dengan kamera haba dan cangkuk kargo yang mampu mengangkat lebih daripada 4.5 tan.
Astro AWANI turut dijemput membuat tinjauan udara tersebut, di mana peluang berkenaan digunakan untuk mengamati lokasi di Tanah Suci dari udara.
Ini termasuk Masjidil Haram, Arafah dan Mina.
#Mina #pengawasan udara #jemaah haji #musim haji #Arab Saudi
;