Pengawal pantai Libya selamatkan 350 pendatang
APTN
Januari 16, 2018 10:18 MYT
Januari 16, 2018 10:18 MYT
Pengawal pantai Libya menyelamatkan 350 pendatang yang sedang dalam perjalanan ke Eropah pada Isnin.
Leftenan Tentera Laut Moftah Abdulrazak berkata, pengawal pantai menerima panggilan kecemasan dari sebuah bot di Garabulli di timur Tripoli.
Sejurus selepas berjaya menyelamatkan bot tersebut dan ketika dalam perjalanan pulang ke pelabuhan, pihak pengawal pantai menerima panggilan kecemasan kedua dari dua bot lain yang juga menghadapi masalah berdekatan Zuwara.
Kesemua pendatang yang berasal dari negara-negara Afrika dan Timur Tengah itu kemudian dibawa ke Tripoli dan diserahkan kepada pusat tahanan.
Tiada kecederaan atau kematian dilaporkan.
Kekacauan di Libya menjadikannya titik transit utama bagi pendatang dari negara-negara Afrika dan Timur Tengah untuk ke Eropah.