Pengawal diraja rebah ketika majlis penghormatan terakhir Ratu Elizabeth II

Astro Awani
September 15, 2022 19:24 MYT
Dalam video yang dikongsi di media sosial, seorang pengawal diraja yang bertugas di sebelah keranda Queen dilihat jatuh tersembam ke lantai dengan polis bergegas membantunya. - Gambar media sosial
KETIKA barisan besar pelawat berbaris untuk memberi penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth II, satu adegan dramatik berlaku di dalam Dewan Westminster apabila salah seorang pengawal diraja yang mengawal berhampiran keranda, pengsan dan rebah dari podium.
Dalam video yang dikongsi di media sosial, seorang pengawal diraja yang bertugas di sebelah keranda Ratu Elizabeth II dilihat jatuh tersembam ke lantai dengan polis bergegas membantunya.
Keranda Ratu bergerak meninggalkan Istana Buckingham pada Rabu menuju ke Dewan Westminster, dibawa di atas kereta kuda dan melalui jalan-jalan yang dikibarkan bendera serta dipenuhi orang ramai di London.
Setelah menduduki takhta selama 70 tahun, Ratu Elizabeth II mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral, di Soctland pada 8 September lalu.
Majlis memberi penghormatan terakhir kini diberikan untuk Warga Britain sebelum diteruskan oleh pembesar-pembesar dari seluruh dunia.

NOW - Royal guard at the Queen's coffin has collapsed.pic.twitter.com/39qduRuX0u

— Disclose.tv (@disclosetv) September 14, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Ratu Elizabeth II #Dewan Westminster #penghormatan terakhir #Istana Buckingham #Istana Balmoral #United Kingdom
;