Pengarah Perkhidmatan Rahsia akui gagal lindungi Trump
Astro Awani
Julai 22, 2024 06:45 MYT
Julai 22, 2024 06:45 MYT
WASHINGTON: Pengarah Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS), Kimberly Cheatle akui beliau dan agensinya gagal susulan insiden cubaan membunuh bekas Presiden Donald Trump di Pennsylvania minggu lalu.
Cheatle memaklumkan mengambil tanggungjawab penuh atas kesilapan itu.
Kenyataan itu dibuat ketika memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Dewan Perwakilan.
"Misi perkhidmatan rahsia adalah untuk melindungi pemimpin negara kita. Pada 13 julai, kami gagal.
"Sebagai Pengarah Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat, saya mengambil tanggungjawab penuh atas sebarang kelemahan keselamatan agensi kami.
"Kami bekerjasama sepenuhnya dengan siasatan yang sedang dijalankan. Kita mesti memahami apa yang berlaku dan saya akan melakukan segala-galanya untuk memastikan kejadian seperti 13 Julai tidak akan berlaku lagi," jelasnya.
Sesi pendengaran pada Isnin adalah pusingan pertama berhubung cubaan membunuh.
Selain Cheatle, turut dijadual memberi keterangan adalah Pengarah Biro Penyiasatan Antarabangsa (FBI), Christopher Wray dan Speaker Dewan Mike Johnson.
Cheatle sebelum ini menolak desakan dari anggota parti Republikan termasuk Johnson dan pemimpin minoirti Senat, Mitch McConnell untuk berundur.