Pengarah hospital Gaza ditahan Israel, kata pihak berkuasa Hamas

Bernama
Disember 28, 2024 19:30 MYT
Hussam Abu Safiya, pengarah Hospital Kamal Adwan yang dikepung di utara Gaza dan puluhan pekerja lain dibawa ke kemudahan untuk disoal siasat, kata pihak berkuasa pada Sabtu. - Foto IG @translating_falasteen
TEL AVIV: Pihak berkuasa kesihatan yang dikawal Hamas di Semenanjung Gaza menuduh tentera Israel menahan seorang pengarah hospital, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Hussam Abu Safiya, pengarah Hospital Kamal Adwan yang dikepung di utara Gaza dan puluhan pekerja lain dibawa ke kemudahan untuk disoal siasat, kata pihak berkuasa pada Sabtu.
Tentera Israel tidak segera mengulas apabila ditanya.
Pasukan Pertahanan Israel melancarkan operasi di kawasan sekitar hospital pada pagi Jumaat, mengatakan Hamas menggunakan bangunan itu untuk tujuan ketenteraan dan sebagai tempat persembunyian.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel dan menuduhnya membongkar sistem kesihatan Gaza secara sistematik.
WHO berkata operasi terbaru itu menyebabkan Hospital Kamal Adwan "tidak berfungsi".
-- BERNAMA
#Hospital Kamal Adwan #pengarah hospital #ditahan israel #Hamas #Hussam Abu Safiya
;