Pengangguran meningkat, penduduk Madrid anjur Food Bank buat golongan memerlukan

Agensi
Mei 21, 2020 00:38 MYT
Pasar tempatan di daerah Las Letras ini menyediakan ruang untuk para vendor menyumbangkan buah-buahan dan sayur-sayuran. - Wikipedia/Triplecaa
Penduduk di Madrid, Sepanyol menganjurkan Food Bank bagi membantu golongan memerlukan selepas perintah berkurung memberi kesan besar terhadap penduduk di negara itu.
Pasar tempatan di daerah Las Letras menawarkan ruang kosong dan vendor menyumbangkan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk diedarkan.
Penganjur, Hector Grande yang dibantu sukarelawan memberitahu, inisiatif itu diatur selepas ramai penduduk hilang pekerjaan ketika COVID-19 melanda.
Kempen itu ternyata mendapat sambutan menggalakkan dengan lebih daripada 600 orang mendaftar untuk menyumbang pada hari pertama.
Pada April, pengangguran di Madrid meningkat hampir 12 peratus dengan 41,623 orang lebih ramai berbanding bulan sebelumnya kehilangan pekerjaan.
Data perkhidmatan pengangguran Pemerintah Wilayah Madrid mendedahkan, ibu negara Sepanyol itu kini mempunyai lebih dari 400,000 orang yang tidak bekerja.
#COVID-19 #food bank #kebajikan #Madrid #sepanyol
;