Pengangguran: Angka baharu beri petunjuk pemulihan ekonomi AS
Astro Awani
Mac 5, 2021 06:28 MYT
Mac 5, 2021 06:28 MYT
WASHINGTON: Angka pengangguran di Amerika Syarikat (AS) beri petunjuk potensi pemulihan daripada wabak dan kelembapan ekonomi.
Majikan di negara Uncle Sam itu dilapor menambah 397,000 pekerjaan bulan lalu.
Ini menunjukkan tanda bahawa ekonomi mengukuh apabila kes disahkan menurun.
Ia juga beri petanda pengguna meningkatkan perbelanjaan selepas sekatan dilonggarkan.
Kenaikan Februari menyaksikan peningkatan drastik daripada 166,000 pekerjaan ditambah pada Januari dan kehilangan pekerjaan 306,000 pada bulan Disember.
Namun, ini hanya mewakili sebahagian kecil daripada sekitar 9.6 juta pekerjaan yang perlu dipulihkan untuk kembali ke tahap pra-pandemik.
Ahli ekonomi dan profesor Universiti Kellogg Northwestern, Philip Braun berkata ekonomi AS masih perlu melalui tempoh yang panjang.
Katanya, masih terdapat 10 juta warga AS yang menganggur dan empat juta yang keluar daripada tenaga buruh.
"Antara kelemahan ekonomi AS sekarang ialah situasi pengangguran. Aspek lain tiada masalah. Isu pengangguran yang kini agak membimbangkan.
"Jadi apabila majikan mula menggaji pekerja menampakkan petunjuk yang baik untuk ekonomi AS.
"Sebilangan besar pekerjaan terlibat adalah di sektor rekreasi dan perhotelan," kata Braun.
#ekonomi
#Amerika Syarikat
#Phillip Braun
#pemulihan
#wabak
#COVID-19
#sekatan
#kelonggaran
#pekerjaan