Pengamal media Turki tunjuk perasaan, Ketua Pengarang akhbar pembangkang ditahan

AFP
Mac 5, 2016 21:12 MYT
Pihak berkuasa Turki menyembur air dan gas pemedih mata ke arah ratusan penunjuk perasaan yang terdiri dari pengamal media di hadapan sebuah bangunan surat khabar pembangkang di Istanbul. - Foto AFP/Ozan Kose
Pihak berkuasa Turki terpaksa bertindak menyembur air dan gas pemedih mata ke arah ratusan penunjuk perasaan yang terdiri dari pengamal media di hadapan sebuah bangunan surat khabar pembangkang di Istanbul.
Pihak berkuasa kemudiannya telah bertindak merempuh pagar bangunan itu sebelum mengusir kesemua pekerja akhbar tersebut.
Surat khabar 'Zaman' yang terdapat dalam dwibahasa itu telah dikaitkan dengan pemimpin tertinggi pembangkang.
Dalam kejadian pada Jumaat, pihak berkuasa telah menahan dan mengiringi Ketua Pengarang akhbar terbabit, Abdul Hamit Bilici ke mahkamah.
Abdul Hamit yang turut serta dalam tunjuk perasaan tersebut dikatakan telah membantah keputusan mahkamah yang meletakkan operasi akhbar itu di bawah pengurusan pemegang amanah.
Abdul Hamit sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada lagi demokrasi di Turki dan tiada kebebasan media.
#air dan gas pemedih mata #demokrasi #pengamal media #Pihak berkuasa Turki
;