Peneroka Israel serbu masuk Masjid al-Aqsa pada hari kedua Ramadan

Bernama
Mac 2, 2025 06:45 MYT
Sejak serangan Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza dan Tebing Barat bermula pada Oktober 2023, pasukan keselamatan Israel telah memperketat sekatan di pintu masuk Masjid al-Aqsa. - Gambar fail
BAITULMUQADDIS: Lebih 500 peneroka Israel melakukan provokasi pada hari kedua Ramadan dengan menyerbu masuk pekarangan Masjid al-Aqsa pada Ahad melalui Pintu Maghribi dengan kawalan ketat pasukan keselamatan Israel, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).
Menurut koresponden WAFA, pendatang berkenaan melakukan rondaan provokatif di sekitar masjid dan melaksanakan ritual keagamaan Yahudi, terutamanya di bahagian timur perkarangan itu.
Sejak serangan Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza dan Tebing Barat bermula pada Oktober 2023, pasukan keselamatan Israel telah memperketat sekatan di pintu masuk Masjid al-Aqsa dan Kota Lama, membenarkan lebih ramai peneroka Israel memasuki kawasan berkenaan sambil mengehadkan akses kepada rakyat Palestin. - BERNAMA
#pendatang Israel #Masjid Al-Aqsa #Ramadan #penduduk Palestin
;