Penerbangan Kamala Harris ke Vietnam tertangguh susulan 'insiden kesihatan' di Hanoi

Agensi
Ogos 24, 2021 00:27 MYT
Penerbangan Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris dari Singapura ke Vietnam susulan satu insiden kesihatan yang tidak dapat dijelaskan di Hanoi. - Foto REUTERS
PENERBANGAN Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris dari Singapura ke Vietnam susulan satu insiden kesihatan yang tidak dapat dijelaskan di Hanoi.
Menurut Kedutaan AS di Vietnam dalam satu kenyataan, Harris yang mengakhiri lawatan tiga hari di Singapura, dijadualkan meneruskan penerbangan ke Hanoi pada petang Selasa namun ia tertangguh selama kira-kira tiga jam akibat insiden tersebut.
‘Insiden kesihatan anomli’ merupakan istilah yang sering digunakan oleh kerajaan AS untuk menggambarkan Sindrom Havana, iaitu satu keadaan yang melibatkan simptom seperti pening, mual, migrain dan kehilangan daya ingatan.
Ia pertama kali dilaporkan oleh pegawai AS yang berpangkalan di Kedutaan Amerika di Cuba pada 2016.
"Pejabat Naib Presiden dimaklumkan tentang laporan mengenai kemungkinan berlaku insiden kesihatan di Hanoi, Vietnam.
"Setelah penilaian yang teliti, keputusan dibuat untuk meneruskan perjalanan Naib Presiden," kata kenyataan itu, tanpa mengulas lebih lanjut.
Kira-kira 100 pegawai CIA termasuk anggota keluarga mereka, merupakan antara 200 pegawai AS dan anggota keluarga yang menghidap Sindrom Havana, menurut Pengarah CIA William Burns.
Seorang panel Akademi Sains Nasional AS pada Disember lalu menyimpulkan satu teori yang ‘boleh diterima’ iaitu punca sindrom tersebut adalah disebabkan oleh ‘pancaran tenaga yang disasarkan’.
Selain itu, katanya ada “kemungkinan yang sangat kuat" bahawa sindrom ini dicetuskan oleh Rusia namun beliau enggan mengesahkannya sementara menunggu siasatan lebih lanjut.
Moscow bagaimanapun menafikan pembabitan mereka.
#Naib Presiden AS #Kamala Harris #Singapura #Vietnam #Havana Syndrome #Sindrom Havana #Hanoi #insiden kesihatan
;