Penduduk tinggalkan kawasan pantai susulan gempa kuat landa timur Indonesia

Bernama
Januari 10, 2023 06:27 MYT
Penduduk di daerah Maluku Barat Daya telah meninggalkan kawasan pantai, kerana tsunami berpotensi berlaku di sana. - Gambar hiasan
JAKARTA: Penduduk di kawasan pantai di wilayah timur Maluku, Indonesia bertindak melarikan diri ketika amaran tsunami dikeluarkan selepas gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter melanda kawasan itu awal Selasa.
"Penduduk di daerah Maluku Barat Daya telah meninggalkan kawasan pantai, kerana tsunami berpotensi berlaku di sana," pegawai kanan agensi pengurusan bencana di wilayah itu, Eva M.F. Tuhumury memberitahu Xinhua menerusi panggilan telefon.
Penduduk diminta untuk bergerak ke kawasan yang lebih tinggi demi keselamatan mereka, kata pegawai itu.
Agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik negara mengeluarkan amaran tsunami untuk wilayah itu dan wilayah berdekatan Sulawesi Tenggara selepas gempa kuat menggegarkan kawasan itu.
-- BERNAMA
#gempa bumi #Indonesia #kawasan pantai #penduduk pindah