Penduduk terselamat gempa bumi Kerala berlindung di sekolah

Agensi
Julai 31, 2024 11:41 MYT
Penduduk yang terselamat daripada kejadian gempa bumi di Kerala, India mencari perlindungan di sebuah sekolah di daerah Wayanad di mana mereka diberi bantuan daripada sukarelawan pada Rabu.- Reuters
KERALA: Penduduk yang terselamat daripada kejadian gempa bumi di Kerala, India mencari perlindungan di sebuah sekolah di daerah Wayanad, dan di situ mereka diberi bantuan daripada sukarelawan pada Rabu.
Dalam pada itu, beberapa individu yang terselamat dilihat mengalirkan air mata memberitahu mereka telah kehilangan segala-galanya selepas kejadian termasuk kerosakan di kediaman.
"Saya telah kehilangan anak saya dan cucu saya. Sungai yang 'memusnahkan' mereka. Saya tidak mempunyai kehidupan lagi. Saya telah kehilangan segalanya. Mereka (pasukan penyelamat) telah menemui mayat anak saya. Kami akan pergi ke sana untuk melihat mayatnya," kata seorang penduduk, Jyothimani.
Seorang lagi penduduk Sarojini berkata dirinya buntu memikirkan apa yang perlu dilakukan ketika melihat segalanya hilang sekelip mata.
"Keluarga saya berada di Mundakkai. Mereka semua telah meninggal dunia. Mereka menemui dua mayat tetapi mereka masih belum menemui mayat enam hingga tujuh ahli keluarga lain.
"Saya tidak mempunyai tempat untuk tinggal sekarang. Saya tidak mempunyai keupayaan sekarang untuk mencari pekerjaan dan membina rumah. Jadi, saya duduk di sini bersedih dan tertanya-tanya apa yang perlu dilakukan seterusnya," katanya.
Pihak berkuasa India memaklumkan dianggarkan 1,000 penduduk diselamatkan dari perkampungan yang terletak di kawasan pegunungan di daerah Wayanad manakala 225 masih hilang.
Tambah pihak berkuasa, sekurang-kurangnya 166 orang dilaporkan terbunuh manakala 195 cedera.
#India #gempa bumi #Wayanad #mayat