Penduduk terkejut jutaan ikan mati terdampar di sungai New South Wales

Agensi
Mac 19, 2023 11:50 MYT
Penduduk di bandar Menindee, New South Wales dikejutkan dengan fenomena pelik yang menyaksikan jutaan ikan mati terdampar di sungai berhampiran kediaman mereka.
NEW SOUTH WALES: Penduduk di bandar Menindee, New South Wales dikejutkan dengan fenomena pelik yang menyaksikan jutaan ikan mati terdampar di sungai berhampiran kediaman mereka.
Kematian ikan pada skala besar itu pertama kali dilaporkan bandar tersebut.
Pihak berkuasa New South Wales melaporkan, ikan-ikan itu dipercayai mati akibat gelombang haba berterusan yang menjejaskan sungai Darling-Baaka.
Kali terakhir kejadian seumpama itu berlaku ialah pada tiga tahun lalu, namun jumlah ikan yang mati tidak sebanyak yang berlaku pada Jumaat lalu.
Jabatan Industri Utama New South Wales melalui laman Facebooknya berkata gelombang haba memberi tekanan berterusan kepada sistem perairan yang meliputi kawasan yang besar.
Gelombang haba juga dilaporkan kerap berlaku dan lebih lama kerana perubahan iklim disebabkan oleh tindakan manusia.
#New South Wales #ikan mati #Sungai #gelombang haba
;