Penduduk terjejas Taufan Florence dapat makanan, air percuma

Astro Awani
September 19, 2018 10:55 MYT
Seorang pelanggan di kedai runcit Harris Teeter yang dibuka semula pada Rabu di Wilmington, North Carolina, A.S., 17 September 2018. - REUTERS
Masih terkandas akibat bencana alam Florence yang melanda North Carolina, ratusan penduduk Wilmington pada Selasa beratur untuk mendapatkan bekalan makanan dan air percuma pada Selasa.


Malah, para pegawai berusaha membuka laluan baharu di bandar terbesar di negeri itu.


Jumlah kematian akibat bencana alam itu meningkat sekurang-kurangnya 32 orang di tiga negeri dengan 25 kematian direkodkan di North Carolina.


Sebahagian Selatan New Hampshire dan beberapa di Massachusetts berada di bawah amaran banjir kilat dan amaran tornado dikeluarkan berhampiran kawasan Salem Massachusetts.


Dengan populasi penduduk 120,000 di Wilmington, pekerja mula menyalurkan bekalan makanan dan air percuma dengan menggunakan sistem yang menyerupai restoran makanan segera pandu lalu.
Peronda Udara Awam Virgil, Lieutenant Marybeth Slocum berkata pihaknya mengagihkan makanan yang sedia untuk dimakan (MRE).
“Makanan ‘Meals Ready To Eat’ adalah makanan paket tentera.
“Setiap paket makanan mempunyai sejumlah besar kalori, mengambil kira nutrisi serta boleh disediakan dan dipanaskan dengan air.
“Oleh itu, ia adalah kit makanan yang lengkap. Setiap orang mendapat sebekas air,” katanya.
#air #banjir #bekalan #bencana #Carolina #makanan #North Carolina #taufan florence #tentera #Wilmington
;