Penduduk Tacloban mahu penjara sementara
Wan Syamsul Amly
November 14, 2013 17:34 MYT
November 14, 2013 17:34 MYT
Kemusnahan penjara akibat taufan Haiyan menimbulkan ketakutan baki penduduk yang masih belum dipindahkan ke tempat selamat Cebu atau Manila.
Gabenor Leyte, Dominic Petilla berkata, kerisauan itu diluahkan selepas ada kes kekacauan yang dilapor penduduk setempat.
"Kita memikirkan untuk mewujudkan penjara sementara, kelewatannya boleh menjadikan lebih banyak kes jenayah," katanya ketika majlis penyampaian sumbangan Kelab Putera 1Malaysia (KR1M) di sini.
Dalam pada itu Dominic berkata, lebih 1 juta mangsa taufan Haiyan kebuluran dan kekurangan bekalan air bersih.
Jelasnya, mangsa kini mengharapkan bantuan makanan dari negara luar.
Selepas hampir satu minggu, penduduk keputusan makanan akibat pasar dan kedai runcit musnah.
Berita lanjut menyusul