Penduduk serbu lori, bawa lari bantuan mangsa gempa
Sinar Harian
Oktober 2, 2018 11:46 MYT
Oktober 2, 2018 11:46 MYT
Sebuah video amatur menunjukkan sekumpulan penduduk menyerbu lori yang membawa bekalan bantuan kepada mangsa gempa bumi di Sulawesi Tengah tular di media sosial.
Insiden yang mencetuskan kemarahan ramai itu dirakam di sebatang jalan di Trans Sulawesi menuju Palu dan Donggala pada Ahad lalu.
Apa yang menyedihkan, penduduk yang mencuri bekalan makanan tersebut bukannya mangsa gempa.
Difahamkan, perbuatan tidak bertanggungjawab itu dilakukan penduduk Pasangkayu, Sulawesi Barat.
Pihak berkuasa berkata, ketika ini bantuan kemanusiaan difokuskan untuk dihantar ke wilayah Sulawesi Tengah yang menyaksikan lebih 1,000 terbunuh akibat tsunami.
Pada Jumaat lalu, wilayah tengah Indonesia terutama di Palu dan Donggala digegarkan dengan gempa bermagnitud 7.5 skala Richter, sekali gus mencetuskan gelombang tsunami. - Agensi
#bantuan
#donggala
#gempa bumi
#Indonesia
#mangsa
#media sosial
#Palu
#serbu lori
#Sulawesi
#tsunami
#video