Penduduk Lubnan protes tanda solidariti terhadap rakyat Gaza

Agensi
Julai 19, 2024 07:30 MYT
Kanak-kanak memegang senjata mainan turut mengambil bahagian dalam protes anjuran Hamas sebagai menyokong warga Palestin di Gaza, di Sidon, Lubnan, 19 Julai 2024. - REUTERS
PENDUDUK di bandar Sidon di selatan Lubnan berhimpun dalam satu protes dianjurkan pejuang Hamas di negara itu sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin di Gaza, pada Jumaat.
Peserta yang hadir menyifatkan perhimpunan ini satu usaha kecil yang boleh dilakukan untuk penduduk Gaza manakala seorang penduduk menyifatkan serangan dron Tel Aviv terdahulu pada hari sama sebagai "heroic".
Sebuah dron jarak jauh buatan Iran menyerang pusat bandar Tel Aviv pada awal pagi Jumaat, dalam serangan yang didakwa oleh pejuang Houthi yang berpangkalan di Yaman, membunuh seorang lelaki dan mencederakan empat yang lain.
Israel dan Hizbullah saling melepaskan peluru berpandu dan tembakan artileri setiap hari di sepanjang sempadan utara dan selatan Lubnan sejak konflik Israel-Palestin di Gaza, mencetuskan kebimbangan konflik serantau yang lebih meluas.
Houthi juga meningkatkan serangan terhadap Israel dan sasaran Barat, mengatakan mereka bertindak sebagai solidariti dengan Palestin, selepas Israel menyerang Semenanjung Gaza.
Pada Jumaat, undian di Parlimen Israel menentang penubuhan negara Palestin kerana menganggapnya sebagai ancaman yang berkekalan terhadap regim Yahudi.
Undian itu dibuat sehari selepas Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, memberitahu penggubal undang-undang bahawa Hamas sudah berada dalam cengkaman mereka.
#Gaza #Hamas #lubnan #Solidariti Palestin
;