Penduduk Kepulauan Falklands telah bersuara
Astro Awani
Mac 13, 2013 10:57 MYT
Mac 13, 2013 10:57 MYT
Penduduk Kepulauan Falklands ternyata telah menyampaikan mesej yang jelas kepada Presiden Argentina, Cristina Fernandez De Kirchner apabila keputusan referendum dikeluarkan.
Seramai 1,517 pengundi terlibat dalam undian tersebut dan hanya tiga daripada pengundi tersebut tidak menyokong status pulau itu dikekalkan sebagai Wilayah Seberang Laut United Kingdom.
Menurut ahli dewan perwakilan Kerajaan Kepulauan Falkland, Kerajaan Argentina perlu menghormati keputusan penduduk kepulauan itu.
Ini jelas kerana mereka tidak mahu ditadbir oleh Bueno Aires.
Referendum itu disertai oleh 92 peratus pengundi daripada 1,650 penduduk yang layak mengundi.
Walaupun ditadbir oleh Kerajaan Kepulauan Falkland, pulau itu terus berada di bawah kedaulatan Wilayah United Kingdom.
Semua aspek pertahanan dan hal ehwal luar negara adalah dibawah tanggungjawab Britain.
Selain itu, referandum berkenaan kini menjadi rujukan bagi sebarang perbincangan mengenai masa depan Falkland yang dituntut oleh Britain dan Argentina.
Argentina yang menggelar pulau itu Islas Malvinas mendakwa ia adalah sebahagian daripada wilayahnya yang dijajah oleh Britain lebih 180 tahun lalu.
Buenos Aires juga menolak keputusan referandum itu sebagai tidak sah.