Penduduk kecewa kerajaan Filipina lewat urus mayat
Wan Syamsul Amly
November 16, 2013 12:06 MYT
November 16, 2013 12:06 MYT
Penduduk sekitar Burungay 88, Almasa yang terletak hanya 500 meter dari lapangan terbang Tacloban menyatakan perasaan kecewa dengan tindakan kerajaan Filipina yang disifatkan lambat menguruskan mayat.
Tinjauan Astro AWANI mendapati kebanyakan mereka masih trauma dengan mayat-mayat keluarga yang bergelimpangan di sekitar kawasan kediaman yang hancur akibat taufan.
"Mayat ini sudah mula busuk dan ini membimbangkan semua jiran tetangga, kenapa kerajaan lambat mengambil mayat walau pusat bantuan utama terletak berhampiran," jelas mereka
Misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) diteruskan pada Sabtu dengan penghantaran bantuan ke pusat pemindahan Carigara.
Berita lanjut menyusul