Penduduk Israel tunjuk perasaan desak PM Netanyahu letak jawatan

Astro Awani
Julai 13, 2024 07:15 MYT
Protes anti-kerajaan Israel diteruskan di jalan raya di Tel Aviv mendesak Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu meletak jawatan pada Sabtu. - REUTERS
PROTES anti-kerajaan Israel diteruskan di jalan raya di Tel Aviv pada Sabtu mendesak Perdana Menteri Benjamin Netanyahu meletak jawatan.
Majoriti penunjuk perasaan mengibarkan bendera sambil membawa sepanduk mengkritik kepimpinan Netanyahu berhubung isu-isu penting seperti membawa pulang tebusan dari Gaza dan bersetuju untuk genjatan senjata.
Pada masa sama, protes mingguan ini semakin kerap diadakan ketika konflik di Gaza masih berlanjutan.
Pada Sabtu, serangan udara Israel membunuh sekurang-kurangnya 90 orang Palestin di zon kemanusiaan di Gaza.
Penduduk yang yang berlindung di kawasan itu memaklumkan khemah mereka musnah akibat serangan tersebut dan memberitahu mayat dan anggota badan bertebaran di atas tanah.
Sementara itu, ramai penduduk cedera dalam serangan itu, termasuk wanita dan kanak-kanak yang dibawa ke Hospital Nasser berhampiran kawasan kejadian.
Menurut pegawai bertugas, hospital tidak lagi mampu berfungsi penampung pesakit disebabkan intensiti serangan Israel dan kekurangan bekalan perubatan akut.
#letak jawatan #Perdana Menteri #Benjamin Netanyahu #Israel
;