Penduduk Israel protes berhampiran Kementerian Pertahanan di Tel Aviv

Agensi
Januari 30, 2025 08:00 MYT
Warga Israel meneruskan protes berhampiran Kementerian Pertahanan di Tel Aviv sehari sebelum tiga tebusan dijadualkan dibebaskan pada Khamis yang merupakan sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata Gaza. - Gambar Reuters
TEL AVIV: Warga Israel meneruskan protes berhampiran Kementerian Pertahanan, di sini, sehari sebelum tiga tebusan dijadualkan dibebaskan pada Khamis yang merupakan sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata Gaza.
Penunjuk perasaan yang melaungkan slogan dan mengibarkan gambar tebusan berkata, mereka akan terus memprotes sehingga tebusan terakhir dibebaskan.
Pejabat Maklumat Tahanan Palestin berkata, Israel akan membebaskan 110 tahanan dan banduan Palestin termasuk 30 kanak-kanak dan 32 banduan yang menjalani hukuman penjara seumur hidup.
Dalam masa sama, lima warga Thailand yang diculik dari Israel juga akan dibebaskan pada Khamis.
Sementara itu, tujuh tebusan telah dibebaskan sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada 19 Januari lalu.
#gencatan senjata #Israel #Gaza #Kementerian Pertahanan
;