Penduduk Israel lancar protes tuntut janji Netanyahu
Astro Awani
Julai 12, 2020 10:58 MYT
Julai 12, 2020 10:58 MYT
Ribuan penduduk Israel mengadakan protes sebagai bantahan terhadap kegagalan pengurusan ekonomi oleh kerajaan akibat COVID-19.
Penunjuk perasaan merasakan kerajaan pimpinan Benjamin Netanyahu tidak menangani tekanan ekonomi dengan baik dan menyebabkan rakyat menanggung akibatnya.
Malah pampasan dan pakej rangsangan ekonomi bagi membantu penduduk yang kehilangan punca pendapatan seperti yang dijanjikan juga belum diterima.
“Perdana Menteri janji ingin membantu tetapi nampaknya tidak melakukan apa-apa.
"Beliau (Perdana Menteri) juga menyatakan perkara sama bulan lalu.
“Beliau banyak berjanji tetapi penduduk tidak mendapat apa yang dijanjikan,” kata salah seorang peserta protes, Ben Apfelderfer.
Netanyahu sebelum ini mengumumkan pelan bantuan kecemasan namun ia masih belum diluluskan.
Israel mula membuka semula ekonominya hujung Mei lalu ketika kadar pengangguran meningkat kepada 21 peratus.
Israel menyaksikan meningkatan hampir 1,500 kes pada Jumaat dengan 354 kematian dicatatkan.