Penduduk India rai perayaan Holi ketika kes COVID-19 lebih 12 juta

Khairunnisa Kasnoon
Mac 30, 2021 05:01 MYT
Ribuan penduduk di Prayagraj meraikan perayaan Holi dengan meriah tanpa menitikberatkan SOP COVID-19. -REUTERS
NEW DELHI: Ribuan penduduk berkumpul di jalanan di bandar Prayagraj, India bagi meraikan festival Holi pada Selasa.
Mereka berkumpul tanpa memakai baju dan majoritinya tidak memakai pelitup muka serta tidak menjaga penjarakan fizikal.
Sambutan itu diraikan di tengah lonjakan kes COVID-19 di India yang kini mencatat lebih 12 juta kes dengan lebih 500,000 kes aktif.
Holi menandakan kedatangan musim bunga dan disambut secara meluas di seluruh India.
Sejak bertahun, sambutan perayaan Holi disambut jutaan penganut agama Hindu dengan melempar serbuk berwarna antara satu sama lain.
Bagaimanapun, untuk tahun kedua berturut-turut, penduduk didorong untuk tinggal di rumah bagi mengelakkan penyebaran COVID-19 disebabkan sambutan perayaan berkenaan.
#India #perayaan Holi #Prayagraj #COVID-19 #pelitup muka #tiada penjarakan fizikal #kes aktif
;