Penduduk Hawaii panik, terima mesej amaran serangan nuklear

Astro Awani
Januari 13, 2018 07:04 MYT
Penduduk Hawaii panik terima mesej amaran serangan peluru berpandu - AP
Apa yang akan anda lakukan sekiranya menerima mesej amaran "PELURU BERPANDU BALISTIK SEDANG DALAM PERJALANAN, CARI PERLINDUNGAN SEGERA, INI BUKAN SATU LATIHAN,"?
Amaran sebegini sudah pasti mencetus panik, dan huru-hara.
Ini yang dihadapi penduduk Hawaii.
Pengguna telefon bimbit terima mesej berikut, yang menyebabkan penduduk panik.
Ketika penduduk sedang bersesak-sesak mencari perlindungan, mereka dimaklumkan pihak berkuasa tempatan, tiada sebarang ancaman berlaku, dan kesilapan menyebabkan mesej itu dihantar.
Tentera Amerika Syarikat juga mengesahkan berlaku kesilapan hingga menyebabkan amaran itu dikeluarkan.

U.S. Pacific Command has detected no ballistic missile threat to #Hawaii. Earlier message was sent in error and was a false alarm. pic.twitter.com/Lvg17VNjiF

— U.S. Pacific Command (@PacificCommand) January 13, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ia kemudian umum siasatan penuh berhubung kejadian itu.
Sistem amaran ditempatkan di Hawaii, kerana ia berada dalam jarak serangan peluru berpandu Korea Utara.
Disember lalu, sistem amaran nuklear itu diuji, buat pertama kalinya sejak Perang Dingin.
Menurut agensi Associated Press, mesej amaran itu dihantar sekitar 8.07 pagi waktu tempatan.
Mesej kedua untuk membetulkan amaran itu dihantar 38 minit kemudian oleh Agensi Pengurusan Kecemasan (EMA).

NO missile threat to Hawaii.

— Hawaii EMA (@Hawaii_EMA) January 13, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Gabenor Hawaii, David Ige memaklumkan, kesilapan manusia punca amaran itu dihantar.
"Berlaku kesilapan ketika proses standar pertukaran syif, dan petugas yang terlibat telah menekan butan yang salah,"kata beliau.
#amaran #Amerika Syarikat #Hawaii #Korea Utara #nuklear #siasatan #tentera #Twitter
;