Penduduk Goma di Congo mula keluar mengundi
Astro Awani
Disember 20, 2023 18:54 MYT
Disember 20, 2023 18:54 MYT
GOMA: Pengundi awal di bandar timur Republik Demokratik Congo, Goma keluar mengundi dalam pilihan raya umum meskipun kempen dicemari dengan dakwaan penipuan yang bakal berlaku, keganasan pilihan raya dan masalah logistik pada Rabu.
Selama beberapa bulan, Suruhanjaya Pilihan Raya Kebangsaan Bebas (CENI) menjanjikan proses undi yang adil dan bebas meskipun pemerhati bebas dan pengkritik mengeluarkan dakwaan akan membahayakan keabsahan keputusan.
Memetik Reuters, dianggarkan 44 juta rakyat Congo telah mendaftar untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya presiden, perundangan dan serantau.
Difahamkan, menjelang hari pengundian, pihak berkuasa mencari helikopter tambahan, menimbulkan kebimbangan tentang keupayaan CENI untuk membuka pusat mengundi di kawasan pendalaman berikutan jalan yang teruk dan faktor keselamatan.
Presiden Felix Tshisekedi bersaing dengan kira-kira dua puluh lagi pencabar daripada parti pembangkang dengan harapan untuk mendapatkan penggal kedua menerajui negara itu.
#pilihan raya umum
#pembangkang
#Republik Demokratik Congo
#Suruhanjaya Pilihan Raya Kebangsaan Bebas