Penduduk gempar, bangkai paus empat tan terdampar di pantai Iskandariah
Agensi
Januari 7, 2018 06:05 MYT
Januari 7, 2018 06:05 MYT
BANGKAI seekor ikan paus seberat kira-kira empat tan telah ditemui terdampar di pantai Iskandariah, Laut Mediterranean Mesir.
Ia menyebabkan penduduk sekitar dan orang ramai berpusu-pusu datang melihat kerana kejadian seumpama itu tidak pernah berlaku sebelum ini.
Mamalia berukuran hampir 12 meter itu ditemui terdampar di pantai tersebut pada lewat malam sabtu dan dipercayai telah dihanyutkan oleh ombak selepas ribut besar.
Menurut Setiausaha Agung Menteri Pelancongan Pantai negara itu Ahmed Hegazy berkata paus itu berkemungkinan mati selepas tersesat masuk ke Laut Mediterranean yang tidak mempunyai plankton untuk makan.
Saintis negara itu juga bercadang untuk menyimpan rangka paus berkenaan untuk kajian.
Bagaimanapun beliau tidak menyatakan apakah jenis ikan paus yang mati itu.