Penduduk Gaza hampir tidak dikenali akibat luka terbakar

Astro Awani
Disember 6, 2024 09:50 MYT
Anak patung dilihat dalam timbunan barangan milik pelarian Palestin susulan serangan Israel ke atas kem Al-Mawasi berdekatan Khan Younis. - Foto AP
GAZA: Ketiadaan peralatan perubatan untuk rawatan kesan melecur dan luka terbakar menyebabkan sebahagian penduduk Gaza kritikal dan hampir tidak dikenali.
Menurut media antarabangsa, keadaan itu berlaku apabila serangan udara Israel pada Rabu mengakibatkan beberapa buah khemah pelarian terbakar di Al-Mawasi, Gaza.
Serangan turut mengorbankan sekurang-kurangnya 17 penduduk dan mencederakan beberapa yang lain.
Keadaan bertambah buruk apabila rawatan diperlukan mangsa juga tidak dapat diberikan akibat kesesakan di hospital dan fasiliti kesihatan Gaza.
Menurut tentera Israel, serangan dilakukan bagi mensasarkan kepimpinan kanan Hamas di Al-Mawasi, iaitu zon kemanusiaan selamat yang diisytiharkan Pasukan Pertahanan Israel (IDF).
#Gaza #Israel #Hamas #melecur
;