Penduduk di Portugal diarah berpindah susulan kebakaran hutan

Astro Awani
Julai 16, 2022 00:30 MYT
Pesawat bomba dilihat menjatuhkan air bagi memadamkan kebakaran hutan di Leiria, Portugal. - Foto REUTERS
BRAGANCA: Kebakaran hutan di wilayah Bragança, Portugal yang terletak dekat dengan sempadan Sepanyol semakin marak menyebabkan seluruh kampung terpaksa dipindahkan.
Lebih 3,000 anggota bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran itu bersama komuniti setempat yang terdesak menyelamatkan rumah mereka daripada dijilat api.
Laporan media tempatan menyebut kawasan yang terbakar tahun ini sudah melebihi jumlah keseluruhan bagi tahun 2021 iaitu 74,000 ekar yang terbakar.
Cuaca kemarau yang melampau yang melanda negara itu adalah punca tercetusnya kebakaran hutan.
Walaupun suhu telah mula menurun di Portugal, ia masih kekal tinggi dengan bacaan hampir 40 darjah Celsius di beberapa kawasan pedalaman.
#kebakaran hutan #pemindahan penduduk #anggota bomba #cuaca panas