Sekurang-kurangnya 63 dilaporkan maut dalam bencana banjir akibat hujan lebat di Kenya.

Dianggarkan lebih 34 ribu yang lain terpaksa dipindahkan dan di beberapa kawasan, bekalan makanan dan bantuan mula diedarkan.

Wilayah Malindi yang terletak di kawasan pesisir lautan hindi antara kawasan yang teruk terjejas.

Di perkampungan Malimu beratus pendududk terpaksa beratur panjang untuk mendapat bekalan asas.

Musim hujan yang melanda Kenya pada Mac hingga Mei pada setiap tahun menjadi punca banjir yang berlaku dan menyebabkan banyak nyawa terkorban.