Penduduk Belgium & Jerman harap Pope baru lebih terbuka

Astro Awani
Februari 28, 2013 06:00 MYT
Berfahaman lebih terbuka dan lebih moden.
Itu harapan penduduk kepada pengganti Pope Benedict XVI kelak.
Kalangan penduduk dari Belgium dan Jerman melahirkan harapan agar Pope baru nanti akan berfikiran lebih moden seiring dengan peredaran masa.
Keputusan Benedict untuk menetap di Vatican dan diberi gelaran Pope Emeritus mencetuskan kebimbangan bahawa beliau akan memainkan peranan aktif di belakang tabir.
Bagaimanapun, Benedict ke-16 memberi jaminan beliau tidak akan campur tangan dalam sebarang hal-ehwal gereja Katolik selepas pengundurannya.
Dalam perjumpaan terakhirnya dengan para Cardinal, Benedict ke-16 menggesa mereka untuk bersatu dalam memilih pemimpin baru mereka.
#penduduk Jerman dan Belgium #Pengunduran jawatan #Pope Benedict
;