Penduduk bantah hasrat kerajaan Singapura tambah populasi 6.9juta

Astro Awani
Februari 16, 2013 23:20 MYT
Seramai 2,000 penunjuk perasaan berhimpun di tengah-tengah bandaraya Singapura bagi membantah rancangan kerajaan meningkatkan jumlah populasi di negara itu kepada 6.9 juta menjelang 2030.
Demonstrasi ini diadakan susulan ketidakpuasan hati rakyat Singapura terhadap kos sara hidup dan harga rumah yang melambung tinggi.
Mereka mempersoalkan jumlah pendatang yang sepatutnya dibenarkan di Singapura.
Populasi singapura mencecah 5.3 juta.
Penambahan populasi sebanyak 30 peratus ini dikhuatiri membawa masuk lebih ramai warga asing dan kurangnya hak kepada rakyat Singapura sendiri.
Kerajaan Singapura berhasrat menambah bilangan penduduknya bagi mengimbangi kadar kelahiran yang rendah.
Sebelum ini, beberapa langkah termasuk Skim Bonus Bayi diperkenalkan kepada penduduknya, namun ia masih gagal meningkatkan jumlah kelahiran.
#protes #Singapura
;