Pendidikan setengah juta kanak-kanak Gaza terjejas - PBB

Bernama
Februari 10, 2024 05:45 MYT
Menurut Lazzarini kanak-kanak di Gaza dinafikan zaman kanak-kanak mereka. - Foto Reuters
AMMAN: Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini berkata lebih setengah juta kanak-kanak di Gaza tidak dapat mengikuti sistem sekolah rendah dan menengah.
"Kanak-kanak (di wilayah) itu dinafikan zaman kanak-kanak mereka.
"Kematian kanak-kanak di Gaza sangat tragis, masa depan kanak-kanak itu terancam," katanya dalam satu kenyataan, lapor Agensi Berita Jordan Petra.
-- BERNAMA
#kanak-kanak gaza #UNRWA #PBB #Palestin #serangan Israel #persekolahan