Penderma antarabangsa sumbang AS$130 juta bantu rakyat Palestin
Astro Awani
Jun 23, 2020 06:06 MYT
Jun 23, 2020 06:06 MYT
Penderma antarabangsa berjanji akan menyumbang AS$130 juta kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk membantu pelarian Palestin.
PBB menyambut baik sumbangan tersebut namun menyatakan ia masih tidak cukup dalam memastikan operasi berjalan hingga akhir tahun ini.
Badan Bantuan dan Pekerjaan PBB (UNRWA) menghadapi krisis kewangan sejak Amerika Syarikat (AS) menarik balik dana pada tahun 2018 menjadikan organisasi tersebut mengalami kekurangan dana yang besar.
UNRWA ditubuhkan untuk membantu 700,000 warga Palestin yang melarikan diri atau dipaksa keluar dari rumah mereka ketika perang bersama Israel sekitar tahun 1948.
Agensi itu menyediakan makanan, pendidikan, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan lain untuk pelarian Palestin yang ketika ini berjumlah sekitar lima juta di Lebanon, Syria, Jordan, Tebing Barat, sempadan Gaza dan timur Baitulmaqdis.
AS pernah menjadi penderma terbesar UNRWA menarik sokongan pada 2018 mencetus krisis kewangan dan memaksa penderma lain mencari jalan mengisi AS$211 juta dalam agensi yang mempunyai AS$1.2 bilion bajet itu.
Setiausaha PBB Antonio Guterres berkata adalah penting masyarakat antarabangsa meneruskan usaha pembiayaan UNRWA agar ia berterusan dan mencukupi.
#Badan Bantuan dan Pekerjaan
#Palestin
#PBB
#penjagaan kesihatan
#Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
#UNRWA