Pendekatan politik penting untuk menangani krisis Syria - PBB

Astro Awani
September 5, 2013 07:12 MYT
Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) berharap sidang kemuncak G20 mampu merumuskan penyelesaian terbaik bagi menangani krisis Syria.
Menurut Setiausaha Agungnya, Ban Ki-Moon pendekatan politik amat diperlukan berbanding ketenteraan bagi mengelak lebih banyak pertumpahan darah.
“Ketika pemimpin dunia menghadiri Sidang Kemuncak G-20 ini bagi membincangkan keadaan ekonomi dunia, mereka juga perlu menumpukan isu penggunaan senjata kimia dan keadaan kemanusiaan yang semakin kritikal di Syria. Kita tidak perlukan pendekatan ketenteraan.”
“Kita hanya ada penyelesaian politik yang mampu membawa keamanan dan menamatkan pertumpahan darah sekarang,” kata beliau.
Beliau sebelum ini mengingatkan masyarakat dunia supaya mempertimbangkan kesan buruk operasi ketenteraan yang dilancarkan.
Tegasnya pendekatan ketenteraan hanyalah boleh diguna pakai untuk tujuan pertahanan atau diluluskan oleh majlis keselamatan.
#Ban Ki-Moon #krisis Syria #PBB #Persatuan Bangsa Bersatu
;