Pendakwaan Trump dijangka berlangsung Rabu depan

Astro Awani
Januari 14, 2021 07:19 MYT
Trump sejak awal menafikan bertanggungjawab ke atas protes yang dilakukan oleh penyokongnya di Capitol. - Gambar fail
DONALD Trump dijadual berdepan pendakwaan di Senat pada Rabu 20 Jan ini sebaik sahaja secara sah meninggalkan White House.
Ini adalah kali kedua Presiden Amerika Syarikat (AS) itu berdepan pendakwaan berkaitan salah laku.
Trump didakwa memainkan peranan mencetuskan rusuhan di Capitol hinga mengorbankan lima nyawa.
Jika didapati bersalah, beliau tidak lagi boleh bertanding.
Rabu lalu, Dewan Perwakilan meluluskan usul pemecatan Trump.
Trump sejak awal menafikan bertanggungjawab ke atas protes yang dilakukan oleh penyokongnya.
Rusuhan di Capitol dipercayai berlaku selepas satu rapat umum Trump.
Dalam ucapannya, beliau berulangkali mendakwa Pilihan Raya Presiden November lalu dicemari penipuan, hingga menyebabkan kekalahannya.
BACA: Dewan Perwakilan AS sokong usul singkirkan Trump
BACA: Pendakwaan Trump: Tiada siapa mengatasi undang-undang - Penganalisis
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) sebelum ini memberi amaran, wujud gerakan protes bersenjata dirancang di Washington dan 50 ibu negeri, menjelang majlis angkat sumpah Joe Biden sebagai Presiden AS ke-46 pada 20 Jan.
Pihak berkuasa kini meletakkan tahap keselamatan di peringkat tertinggi bagi menangani sebarang kemungkinan.
Ini termasuk menempatkan ribuan tentera pengawal negara di Capitol bagi mengawal keadaan.
BACA: Serangan Capitol: Kongres mahu singkir Trump
BACA: Serangan Capitol: Pence tolak cadangan singkirkan Trump
#Donald Trump #pilihan raya #Joe Biden #Washington #White House #keselamatan #protes #rusuhan #pendakwaan #Capitol #Dewan Perwakilan #Senat #serangan
;