Pendakwa raya siasat serangan di stesen TV ditemui mati

Astro Awani
Januari 18, 2024 10:30 MYT
Media tempatan melaporkan Suarez ditembak mati di dalam kereta ketika dalam perjalan ke pejabatnya. - Foto X/Ecuadorinmediato
GUAYAQUIL: Seorang pendakwa raya yang sedang menyiasat serangan ke atas stesen televisyen di Ecuador minggu lepas ditemui maut.
Menurut Peguan Negara, Cesar Suarez ditemui mati dengan kesan tembakan di Guayaquil, wilayah Guayas pada Rabu.
Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti jika pembunuhan Suarez ini ada kaitan dengan siasatan yang dijalankan ke atas serangan itu.
Media tempatan melaporkan Suarez ditembak mati di dalam kereta ketika dalam perjalan ke pejabatnya.
Sehari sebelum kejadian Suarez memberitahu akhbar tempatan El Universo dalam satu temu bual beliau tidak diberi perlindungan polis walaupun telah menyoal 13 suspek yang ditahan susulan serangan di stesyen TV itu.
Minggu lepas, beberapa individu berpakaian topeng menyerbu Stesen Televisyen TC semasa siarang langsung diadakan dan mengancam akan membunuh kesemua mereka di dalam studio.
Seorang jurukamera dilaporkan cedera selepas ditembak di bahagian kaki manakala seorang lagi kru mengalami kecederaan patah tulang tangan.
#Cesar Suarez #ditemui mati #tembak #stesen TV
;