Pendaki warga Singapura hilang di puncak Everest

Agensi
Mei 20, 2023 00:33 MYT
Divya Bharath menulis Shrinivas kelihatan mengalami sindrom beku dan ketinggian.- Gambar fail/AP Photo/Niranjan Shrestha
KATHMANDU: Seorang pendaki warga Singapura dilaporkan hilang selepas tiba di puncak Gunung Everest pada Jumaat.
Memetik laporan CNA, keluarga Shrinivas Sainis Dattatraya memohon perhatian pihak berwajib untuk mengesan keberadaan mangsa yang dalam ekspedisi menawan puncak gunung Everest.
Menurut petisyen di laman web change.org, Shrinivas berangkat dari Singapura ke Nepal untuk mendaki puncak tertinggi di dunia pada bulan lalu.
Dalam petisyen itu, sepupunya, Divya Bharath menulis Shrinivas kelihatan mengalami sindrom beku dan ketinggian.
Ini menyebabkan mangsa terpisah daripada kumpulannya dan jatuh di ketinggian sekitar 8,000m, berkemungkinan di pinggir Gunung Tibet.
Tambahnya, sebuah pasukan terdiri daripada kumpulan sherpa turut memulakan operasi pencarian sejak semalam.
Laman web berita BNN melaporkan Shrinivas menyertai ekspedisi dianjurkan oleh sebuah syarikat Nepal yang menawarkan pendakian di Gunung Everest, Seven Summit Treks.
#Singapura #Nepal #Gunung Everest #Shrinivas Sainis Dattatraya
;