Pendaki Malaysia terkandas di Annapurna

Astro Awani
April 24, 2019 00:25 MYT
Wui Kin Chin dipercayai satu-satunya warga Malaysia yang menyertai ekspedisi berkenaan. Facebook Wui Kin Chin
Seorang pendaki Malaysia terkandas di Nepal, berhampiran puncak Gunung Annapurna, dalam kejadian pada Selasa.
Penganjur ekspedisi memaklumkan, mangsa dipercayai terkandas selepas terpisah daripada kumpulan pendaki, ketika menuruni puncak gunung.
Agensi media melaporkan, mangsa yang berusia 48 tahun mendaki puncak Gunung Annapurna setinggi 8,100 meter itu bersama sekurang-kurangnya 31 yang lain, tetapi gagal kembali ke kem terdekat iaitu satu kilometer di bawah puncak.
Usaha menghantar bantuan dengan helikopter gagal susulan cuaca buruk.
Berdasarkan senarai nama peserta dari laman Facebook Seven Summit Treks, satu-satunya warga Malaysia yang menyertai ekspedisi berkenaan dikenali sebagai Wui Kin Chin.
Bagaimanapun, identiti sebenar pendaki yang terkandas itu belum disahkan.
#bantuan #cuaca buruk #Facebook #Gunung Annapurna #helikopter #mangsa #Nepal #pendaki #rakyat Malaysia #Seven Summit Treks #terkandas
;